location: my room

time: 4.07pm

mood: layan lagu

Jnganlah mboikot brangan Yahudi atau Barat.. Kerana itu bukan menyebabkan mereka sakit hati.. Tp boikotlah cara hidup Yahudi & Barat seprti: berseronok2, pendedahan aurat, arak, pergaulan bebas dan kemungkaran lain.. Hanya dgn cara itu mereka akan sakit hati dgn umat Islam.. Sebagimana firman Allah: ‘Sekali2 Yahudi & Nasrani tidak akan redha slagi kamu tidak mngikut agama (cara hidup) mereka’ -Surah Al Baqarah: Ayat 120-

Herm,, wajarkah memboikot produk Yahudi dan apakah hukumnya? Pada asasnya hukum jual beli dengan pihak Yahudi atau mana-mana syarikat yang dimiliki oleh Yahudi perlu diamati dan difahami sedalamnya.

Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembeliham ahli kitab yang diantara mereka adalah Yahudi. malah, lelaki Islam juga dihalalkan oleh Allah SWT untuk berkahwin dengan wanita ahli Kitab yang suci dan dengan niat bertujuan ke arah kebaikan. Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga melakukan transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang Yahudi sebagaimana telah diriwayatkan dalam hadis yang berbunyi,

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40).

Jadi, sedangkan Nabi kita sendiri melakukan urus niaga jual beli dengan orang Yahudi, apatah lagi kita? Kenapa perlu memboikot? Keuntungan yang mereka, pihak Yahudi perolehi daripada hasil jualan dengan kita, Islam adalah tidak salah di sisi Islam. Pada asasnya juga hukum berjual beli dengan pihak Yahudi adalah Halal selagi transaksi yang dibuat adalah mengikut syarat jual beli dalam Islam. Cuma cuma! hukum asal ini hanya akan bertukar kepada Haram dan kita wajib memboikot mereka apabila :

  1. Jika pemerintah Islam tertinggi iaitu khalifah bagi seluruh umat Islam sedunia mengarahkan boikot ke atas barangan pihak Yahudi demi mencapai kemaslahatan bersama bagi umat Islam. Ini berlaku apabila syarikat Yahudi tersebut secara terang-terangan buat announcement dekat media bahawa keuntungan yang mereka perolehi daripada hasil jual beli tersebut adalah untuk menyokong serangan Yahudi amnya dan serangan Israel laknatullah ke atas umat Islam di Palestin khususnya. Jadi jika perkara sedemikian berlaku, adalah dengan demikian, jatuhlah hukum haram ke atas urusan jual beli kita dengan pihak Yahudi dan masa tu barulah kita secara rasminya patut memboikot produk Yahudi.
  2. Jika pihak Yahudi atau yang lain-lainnya melakukan sesuatu kejahatan kepada umat Islam. Maka kita umat Islam seluruh dunia haruslah bersatu padu dengan niat memberikan pengajaran kepada mereka yang memulakan dahulu kejahatan ke atas Islam. Yang penting kat sini, kita perlu tahu Hukum dan Keutamaan. Sebab nanti tak pasal-pasal bila kita tengok ada antara kita yang bekerja dengan mana-mana syarikat Yahudi, kita tuduh pula mereka kafir, munafik dan lain-lain lagi. *samalah situasinya dengan saya dahulu ketika bekerja di Nestle.*

Terdapat ulama kontemporari menyatakan bahawa cara yang aman pada zaman ini adalah dengan memboikot dan tidak berjual beli dengan semua syarikat Yahudi atau berkaitan dengan pihak Yahudi. Ini adalah bertujuan untuk kita bagi kat diorang tekanan dan dengan itu diorang akan mendesak kerajaan mereka kepada keamanan seterusnya membenci tindakan kerajaan diorang yang melakukan keganasan terhadap umat Islam ini. Jadi dengan ini, mungkin akan membantutkan tindakan jahat kerajaan mereka kerana ini akan memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi mereka.

Tapi macamana pun, persoalannya di sini, adakah perlu kita menjatuhkan hukuman kepada seluruh Yahudi tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum? Mesti ada yang akan terfikir, eh mereka Yahudi, Yahudi tetap Yahudi. Ya, Yahudi tetap Yahudi. Tapi jangan lupa, Allah menghalalkan lelaki Islam mengahwini wanita ahli kitab yang suci dengan tujuan ke arah kebaikan.

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik..” ( Al-Maidah : 5 ).

Perlu diingat, selagi tiada pengakuan rasmi oleh syarikat yang terbabit menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, maka hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu tidak akan berubah kepada haram. Konsepnya di sini adalah lebih kurang macam hukum penggunaan facebook la.

Sekiranya ada salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu. Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi ia tidak akan mengubah status hukum asalnya. Jadi kaedah fiqh ini masih terpakai.

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 ).

Sekali lagi ditekankan, hukum asal urusniaga dengan bukan Islam termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam. Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Jadi sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan secara langsung kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.

Advertisements