Location: on my bed

Time: 1.45a.m

Mood: mlm jumat keliwon…p

1Malaysia dengan slogan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, ialah konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 April 2009 untuk menyeru kabinet, agensi kerajaan, dan kakitangan kerajaan supaya menekankan keharmonian etnik, perpaduan negara, dan penguasaan yang cekap. Mengikut Najib:

“Di bawah konsep ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.”

Namun dengan ungkapan itu, 1Malaysia jelas akan gagal dengan begitu teruk kerana kehendak semua kumpulan etnik dalam negara masih bercanggah, dengan kaum Melayu tertakrif perlembagaan ingin menjadi tuan negara manakala kaum yang lain tidak hendak diperlakukan sebagai rakyat kelas kedua. Dalam mana-mana satu keluarga, tidak pernah adanya sebarang perpaduan dan kebahagiaan apabila anak sulung menuntut hak keutamaan atas alasan bahawa dia dilahirkan lebih dahulu.

Justera, perlu ditegaskan bahawa walaupun bunyi 1Malaysia seolah-olah “Malaysia untuk rakyat Malaysia” (Malaysian Malaysia) yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), ia tidak bermaksud “Malaysia untuk rakyat Malaysia”,iaitu kesamaan untuk semua rakyat Malaysia. Mengikut Najib lagi, 1Malaysia “bukan bererti bahawa kerajaan akan mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan”.

Namun, apakah 1Malaysia sebenarnya kalau dasarnya sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin terdahulu? Mungkin Najib sendiri juga tidak tahu sehinggalah masih belum terdapat sebarang peta jalan yang konkrit untuk merealisasikan konsep tersebut, selain daripada merakamkan sebilangan prinsip dan nilai yang agak umum serta mengadakan Pertandingan Lagu 1Malaysia Kita, antara sebilangan perkara remeh-temeh yang lain.

Mengikut Datuk A. Samad Said, sasterawan negara, slogan-slogan 1Malaysia lebih menimbulkan kekeliruan daripada keterangan (lihat video di sebelah kanan). Tetapi apa yang jelas sekali adalah bahawa 1Malaysia tidak melebihi suatu kempen politik yang direka bentuk, ekoran keputusan Barisan Nasional yang begitu teruk dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, untuk memikat pengundi bukan bumiputera pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang.

Namun, sehingga 1 Januari 2010, sebagaimana dengan konsep “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk kempen Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, 1Malaysia masih tidak melebihi suatu retorik politik, tanpa sebarang pencapaian untuk ditunjukkan.

Makan roti dgn kawan.

Sambil makan minum kopi secawan

Duduk termenung xdegunyanya

Meh renung2kan dn fikir2 kan..

:))

Advertisements