Category: my wikipedia


Giggle 1

location: home
time: 11.48 pm
mood: empty again

KILANG BAS??..BAS KILANG?? PEROMPAK??…apakah??..

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..

” Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!”

Sorang pekerja kilang tu membalas..

” ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je..”

Perompak berfikir seketika..

“Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa..”

Pekerja kilang yang muda berkata..

” Alalaa…takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..”

Tetiba..makcik tu berdiri..

” Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la..”

hahahahahaha…

Mati itu Pasti…

Persoalan:

tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya?

Jawapan;

Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; “Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak”. Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

Sekadar peringatan bersama..

~mr nexus~

imma liquid dream’s..

location: ba alif nga ya

tyme:.3.35 pm

mood:. dream of a dream

lets sing a song..:)

Posters of love surrounding me, I’m lost in a world of fantasy
Every night she comes to me and gives me all the love I need

Now this hot girl, she’s not your average girl
She’s a morpharotic dream from a magazine
And she’s so fine designed to blow your mind
She’s a dominatrix supermodel beauty queen

I dream about a girl who’s a mix of Farahdeeba
Just a little touch Scha alyahya’s wild style
With Siti Nurhaliza’s smile, throw in a body like Jessica Alba’s
You’ve got the star of my liquid dream

Rita rudaini’s lips to kiss in the dark
Underneath Rozaita che wan’s beauty mark
When it comes to the test well Wardina’s the best
And Fara Fauzana brings the rest

Now this hot girl, she’s not your average girl
She’s a morpharotic dream from a magazine
And she’s so fine designed to blow your mind
She’s a dominatrix supermodel beauty queen

I dream about a girl who’s a mix of Farahdeeba
Just a little touch Scha Alyahya’s wild style
With Siti Nurhaliza’s smile, throw in a body like Jessica Alba’s
You’ve got the star of my liquid dreams

Looks ain’t everything she’s got the sweetest personality
Like Fida Pantene
My mama thinks I’m lazy, my friends all think I’m crazy
But in my mind, I leave the world behind every night I dream
Oh..

Liquid Dreams, my Liquid Dreams
Waterfalls and streams, these liquid dreams

lyric’s by mr nexus

will be his first single and be nominate in 2015 grammy award

hahahahha…

gmbr hanya skdr hiasan..xd

kami anak malaysia!!..

Location: on my bed

tyme: 1.33 a.m

mood:. update blog

heyy..kali ni gua nak bka crita bru plak..

ok, ni cte pasal finak suzuki cup aritu dkat bukit jalil..

ha, gua tgk live kali ni..tp bkn dkt tv yerr..xd

hmm, bhapak xsngka plak ak rmi giler2 org..

nsb ktrng xbwak kete..naek mto gak sng..xyah jalan jauh2..

smpi je kat stadium mak aii….mcm nak g bprang je rsenye..

siap ad vuvuzuela lg..mcm kat piala dunia plak..

actuallly, gua bkn xprnh g, tp yg ni org mcm semut lah dolll..

ktrng xtrus msuk sbb nak tggu mmber2 dr johor plak..

lh krg kul 7cmtu ktrng pown msuk..aduyaiii

mcm nak mati tersepit je ak rse…nsb je ak xmngndung…

kalo x..kmpem teberanak…bunguk pnya guard..lain kali bka lah pntu byk sket..

bknnya ktrang nak g bunuh org pown…apedaa..

bla start je match…amek kau, BERSEMANGAT WAJA suma pnyokong harimau muda..

ade gaklah tgk org garuda merah dlm nsbah 1:3..xd

tp nsb je match xstop,,ni sume pasal laser oltromen..

kesian gaklh tgk pnyokong garuda..mcm dbtul2 dbhm rimau dah..hahahha

tp gua salute nga pemain mesia gak lah..

xsia2 bli tket…3 gol dlm mse trdekat..tu yg tmbh smngt sume org tu..

layan beb..”safee, fahmi, norsharul”..gua salute korg..

hmm..kali ni mmg btul2 d dpan mata gua..

mercun, botol2 brtrbangan ufo dtg..haha

ad yg pakcik tua dah nk mmpus tp bhse die..hamboii, klh ank muda…

yg xbleh thn lg tu, dahaga nyer pasl, air kelling pown ktrng tibai je…

tanx yer uncle..1 malaysia kot…hahahhahaha

nway, hopfly mesia bleh bthan dkt gelora bung karno ti..

“kalo tgk bla ngara lain bleh smpi pgi ni ngra sndiri xkkan xnak sokong”

MALAYSIA BOLEH!!…MAN UTD POWN BLEH!!..HAHA

“kmngan berganda yoooo”…ehehheeehe

hehe..nilah anak2 mlysia..xd

Hatiku Sebesar Gelas Duralex..

location: my room

tyme: 12.31 pm

mood:. jumat

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? “ lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? “ . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji gelas dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .

” Ambillah gelas ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Gelas diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.

” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. ”

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.

” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Gelas dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar gelas, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti gelas, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral:  Jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

Peace no war…:D

 

KHUTBAH TERAKHIR..

 

Location: bumi

Time: 7.32 p.m

Mood: kosong

KHUTBAH TERAKHIR JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

 

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

p/s: marilh kta sma2 kembali hidup bertunjangkan agama islam..

sesungguhnya itulah yang sebaik baiknya kerana islam itu agama yg sempurna..

Location: on my bed

Time: 1.45a.m

Mood: mlm jumat keliwon…p

1Malaysia dengan slogan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, ialah konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 April 2009 untuk menyeru kabinet, agensi kerajaan, dan kakitangan kerajaan supaya menekankan keharmonian etnik, perpaduan negara, dan penguasaan yang cekap. Mengikut Najib:

“Di bawah konsep ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.”

Namun dengan ungkapan itu, 1Malaysia jelas akan gagal dengan begitu teruk kerana kehendak semua kumpulan etnik dalam negara masih bercanggah, dengan kaum Melayu tertakrif perlembagaan ingin menjadi tuan negara manakala kaum yang lain tidak hendak diperlakukan sebagai rakyat kelas kedua. Dalam mana-mana satu keluarga, tidak pernah adanya sebarang perpaduan dan kebahagiaan apabila anak sulung menuntut hak keutamaan atas alasan bahawa dia dilahirkan lebih dahulu.

Justera, perlu ditegaskan bahawa walaupun bunyi 1Malaysia seolah-olah “Malaysia untuk rakyat Malaysia” (Malaysian Malaysia) yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), ia tidak bermaksud “Malaysia untuk rakyat Malaysia”,iaitu kesamaan untuk semua rakyat Malaysia. Mengikut Najib lagi, 1Malaysia “bukan bererti bahawa kerajaan akan mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan”.

Namun, apakah 1Malaysia sebenarnya kalau dasarnya sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin terdahulu? Mungkin Najib sendiri juga tidak tahu sehinggalah masih belum terdapat sebarang peta jalan yang konkrit untuk merealisasikan konsep tersebut, selain daripada merakamkan sebilangan prinsip dan nilai yang agak umum serta mengadakan Pertandingan Lagu 1Malaysia Kita, antara sebilangan perkara remeh-temeh yang lain.

Mengikut Datuk A. Samad Said, sasterawan negara, slogan-slogan 1Malaysia lebih menimbulkan kekeliruan daripada keterangan (lihat video di sebelah kanan). Tetapi apa yang jelas sekali adalah bahawa 1Malaysia tidak melebihi suatu kempen politik yang direka bentuk, ekoran keputusan Barisan Nasional yang begitu teruk dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, untuk memikat pengundi bukan bumiputera pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang.

Namun, sehingga 1 Januari 2010, sebagaimana dengan konsep “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk kempen Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, 1Malaysia masih tidak melebihi suatu retorik politik, tanpa sebarang pencapaian untuk ditunjukkan.

Makan roti dgn kawan.

Sambil makan minum kopi secawan

Duduk termenung xdegunyanya

Meh renung2kan dn fikir2 kan..

:))

Boikot??..racun atau penawar..

location: my room

time: 4.07pm

mood: layan lagu

Jnganlah mboikot brangan Yahudi atau Barat.. Kerana itu bukan menyebabkan mereka sakit hati.. Tp boikotlah cara hidup Yahudi & Barat seprti: berseronok2, pendedahan aurat, arak, pergaulan bebas dan kemungkaran lain.. Hanya dgn cara itu mereka akan sakit hati dgn umat Islam.. Sebagimana firman Allah: ‘Sekali2 Yahudi & Nasrani tidak akan redha slagi kamu tidak mngikut agama (cara hidup) mereka’ -Surah Al Baqarah: Ayat 120-

Herm,, wajarkah memboikot produk Yahudi dan apakah hukumnya? Pada asasnya hukum jual beli dengan pihak Yahudi atau mana-mana syarikat yang dimiliki oleh Yahudi perlu diamati dan difahami sedalamnya.

Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembeliham ahli kitab yang diantara mereka adalah Yahudi. malah, lelaki Islam juga dihalalkan oleh Allah SWT untuk berkahwin dengan wanita ahli Kitab yang suci dan dengan niat bertujuan ke arah kebaikan. Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga melakukan transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang Yahudi sebagaimana telah diriwayatkan dalam hadis yang berbunyi,

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40).

Jadi, sedangkan Nabi kita sendiri melakukan urus niaga jual beli dengan orang Yahudi, apatah lagi kita? Kenapa perlu memboikot? Keuntungan yang mereka, pihak Yahudi perolehi daripada hasil jualan dengan kita, Islam adalah tidak salah di sisi Islam. Pada asasnya juga hukum berjual beli dengan pihak Yahudi adalah Halal selagi transaksi yang dibuat adalah mengikut syarat jual beli dalam Islam. Cuma cuma! hukum asal ini hanya akan bertukar kepada Haram dan kita wajib memboikot mereka apabila :

  1. Jika pemerintah Islam tertinggi iaitu khalifah bagi seluruh umat Islam sedunia mengarahkan boikot ke atas barangan pihak Yahudi demi mencapai kemaslahatan bersama bagi umat Islam. Ini berlaku apabila syarikat Yahudi tersebut secara terang-terangan buat announcement dekat media bahawa keuntungan yang mereka perolehi daripada hasil jual beli tersebut adalah untuk menyokong serangan Yahudi amnya dan serangan Israel laknatullah ke atas umat Islam di Palestin khususnya. Jadi jika perkara sedemikian berlaku, adalah dengan demikian, jatuhlah hukum haram ke atas urusan jual beli kita dengan pihak Yahudi dan masa tu barulah kita secara rasminya patut memboikot produk Yahudi.
  2. Jika pihak Yahudi atau yang lain-lainnya melakukan sesuatu kejahatan kepada umat Islam. Maka kita umat Islam seluruh dunia haruslah bersatu padu dengan niat memberikan pengajaran kepada mereka yang memulakan dahulu kejahatan ke atas Islam. Yang penting kat sini, kita perlu tahu Hukum dan Keutamaan. Sebab nanti tak pasal-pasal bila kita tengok ada antara kita yang bekerja dengan mana-mana syarikat Yahudi, kita tuduh pula mereka kafir, munafik dan lain-lain lagi. *samalah situasinya dengan saya dahulu ketika bekerja di Nestle.*

Terdapat ulama kontemporari menyatakan bahawa cara yang aman pada zaman ini adalah dengan memboikot dan tidak berjual beli dengan semua syarikat Yahudi atau berkaitan dengan pihak Yahudi. Ini adalah bertujuan untuk kita bagi kat diorang tekanan dan dengan itu diorang akan mendesak kerajaan mereka kepada keamanan seterusnya membenci tindakan kerajaan diorang yang melakukan keganasan terhadap umat Islam ini. Jadi dengan ini, mungkin akan membantutkan tindakan jahat kerajaan mereka kerana ini akan memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi mereka.

Tapi macamana pun, persoalannya di sini, adakah perlu kita menjatuhkan hukuman kepada seluruh Yahudi tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum? Mesti ada yang akan terfikir, eh mereka Yahudi, Yahudi tetap Yahudi. Ya, Yahudi tetap Yahudi. Tapi jangan lupa, Allah menghalalkan lelaki Islam mengahwini wanita ahli kitab yang suci dengan tujuan ke arah kebaikan.

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik..” ( Al-Maidah : 5 ).

Perlu diingat, selagi tiada pengakuan rasmi oleh syarikat yang terbabit menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, maka hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu tidak akan berubah kepada haram. Konsepnya di sini adalah lebih kurang macam hukum penggunaan facebook la.

Sekiranya ada salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu. Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi ia tidak akan mengubah status hukum asalnya. Jadi kaedah fiqh ini masih terpakai.

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 ).

Sekali lagi ditekankan, hukum asal urusniaga dengan bukan Islam termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam. Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Jadi sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan secara langsung kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.